Dar al-Ifta Mesir

Dar al-Ifta Mesir (Bahasa Arab: دار الإفتاء المصرية‎, translit. 'Dār al-Iftā' al-Miṣriyyah', Bahasa Melayu: Lembaga Fatwa Mesir) merupakan sebuah badan berkaitan kerajaan dan kehakiman serta penasihat agama di Mesir,[1] yang ditubuhkan sebagai sebuah pusat Islam dan penyelidikan perundangan agama Islam di Mesir pada tahun 1895 Masihi / 1313 Hijrah. Ia menjalankan peranan dengan menasihati dan menjadi panduan hal ehwal agama Islam menerusi fatwa yang diterbitkan seharian dan berkaitan isu semasa.Dar al-Ifta menggunakan al-Quran, hadis, dan pandangan para ilmuwan Islam silam untuk menyampaikan fatwa mengenai topik-topik yang berkaitan dengan umat Islam kontemporari. Fatwa-fatwanya mempengaruhi masyarakat Muslim Sunni di Mesir dan seluruh dunia.[2]Dar al-Ifta bertanggungjawab dalam pengurusan fatwa rasmi dan juga melibatkan perkara-perkara berkaitan perundingan perundangan melibatkan hukuman mati[3].